Tujuan menerang :
- menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
- membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
- pelajar dapat mengikut arahan
Jenis Penerangan :
1. Penaakulan (why)
Penerangan jenis penaakulan menggunakan proses logik untuk menjawab soalan. Seterusnya menstruktur semula konsep atau idea yang dibina.
2. Interpretatif (meaning)
Penerangan jenis interpretatif ini menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan. contohnya membincangkan tentang sesuatu idea, konsep, prinsip atau sesebuah teori.
3. Diskriptif (how)
Penerangan jenis diskriptif menguhuraikan proses, struktur dan prosedur sesuatu kerja. Dalam masa yang sama arahan yang jelas diberikan termasuk juga langkah-langkah pengendalian sesuatu kerja.
Komponen Menerang :
1. Ayat Pembukaan
Penggunaan ayat pembukaan dapat mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian, contohnya bertanya soalan pada pelajar. Secara tidak langsung pelajar akan sentiasa bersedia dan memberi perhatian sepanjang proses p&p.
2. Isi Kandungan
Isi kandungan adalah nitipati mengenai apa yang ingin diterangkan.
3. Penghubung
Penghubung adalah perkataan dan frasa yang digunakan untuk menjadikan penerangan berkesan, iaitu menggunakan penanda wacana, contohnya seperti oleh itu, disebabkan oleh dan sebagainya.
4. Ayat Penutup
Ayat penutup adalah ringkasan isi kandungan keseluruhan p&p pada masa tersebut.
5. Soalan bagi menaksir kefahaman
Mengajukan soalan pendek atau soalan ringkas untuk menilai kefahaman pelajar tentang apa yang disampaikan pada waktu p&p tersebut.
4 Prinsip Kemahiran Menerang :
1. Gunakan Kejelasan
Tumpukan kepada aspek yang spesifik sahaja. Gunakan contoh illustrasi dan media yang menarik serta relevan. kemudian fokus semula dengan membuat ringkasan. guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar mengikut tahap kesesuaian dan intelek. elakkan menggunaka ayat yang kabur dan tidak relevan.
2. Gunakan Penegasan
Guru perlu menggunakan intonasi yang berbeza semasa menerang. gunakan pergerakan, isyarat, verbal dan juga non-verbal.
3. Urutan / Kesinambungan
Menggunakan pendekatan induktif atau deduktif. guru juga boleh membantu pelajar untuk mengingati sesuatu perkara (prompts). Gunakan variasi dan kata penghubung dalam penyampaian di samping pelbagaikan kelajuan penyampaian. keadaan ini dapat mengelakkan suasana p&p menjdai bosan.
4. Dapatkan maklum balas
Sentiasa melibatkan pelajar sepanjang sesi penerangan. Wujudkan peluang pelajar untuk menunjukkan kefahaman, minat serta sikap yang baik.
9 kemahiran mikropengajaran :
(klik pada setiap unit berikut)
2.Menyoal
3.Menerang
0 comment/s here:
Post a Comment