Friday, 21 October 2011

2. Kemahiran Menyoal



Tujuan menyoal pelajar adalah :

 Memulakan inkuiri
 Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
 Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
 Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
 Menggalakkan pelajar bertanya soalan
 Membina kemahiran berfikir
 Meminta penjelasan idea pelajar
 Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
 Mentaksir kefahaman pelajar

Terdapat 5 langkah dalam kemahiran menyoal :


1. Ajukan soalan kepada seluruh kelas
 Mulakan dengan lontaran soalan dengan syarat atau pemberitahuan peraturan menjawab jika perlu. Tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar sama ada pelajar ingin menjawab secara sukarela atau sebaliknya. nyatakan soalan dengan seberapa ringkas, tetapi tepat dengan apa yang ingin dibincangkan. Selain itu elakkan soalan berbentuk retorik. Apa yang dimaksudkan dengan soalan retorik adalah soalan yang tidak memerlukan penjelasan yang releven atau soalan yang direka semata-mata tanpa memerlukan jawapan yang sahih. Seimbangkan penggunaan beberapa jenis soalan. Soalan yang diutarakan mestilah bersesuaian dengan kemampuan pelajar berdasarkan aras soalan sama ada aras tinggi atau aras rendah. Guru juga perlu mengajukan soalan secara tidak mengancam atau mengugut mahupun memaksa pelajar.

2. Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time)
 Masa berfikir bermaksud masa yang diberi kepada pelajar untuk berfikir selepas mengajukan soalan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan pelajar atau jawapan yang sebenar. Masa berfikir yang sesuai adalah bergantung pada tahap soalan yang diaju iaitu antara 3-5 saat untuk soalan biasa dan masa lebih panjang untuk soalan yang lebih sukar.

3. Memilih pelajar untuk menjawab
 Pilih pelajar yang ingin menjawab secara sukarela atau sebaliknya. Pemilihan pelajar secara rawak berupaya mendapatkan perhatian (fokus) pelajar sepanjang proses pengajaran. Panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakan pelajar menjawab secara beramai-ramai. Oleh itu digalakkan guru untuk mengingati nama-nama pelajar di samping dapat mengeratkan hubungan antara guru-pelajar. 

4. Memberi respon atau reaksi kepada jawapan pelajar
 Pastikan pelajar lain memberi respon kepada jawapn pelajar yang menjawab. Beri respon kepada pelajar tanpa mengadili ( tidak menyatakan betul atau salah) dengan cara mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat yang berbeza jika guru ingin meneruskan perbincangan soalan tersebut dengan lebih lanjut. Jika sebaliknya, memberi peneguhan positif seperti memuji dan sebagainya. Jika jawapan adalah salah, kenal pasti bahagian yang betul jika terdapat bahagian yang betul serta bertanya dengan lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas atau mendapatkan jawapan alternatif pelajar lain. 
Berikut merupakan beberapa elemen penting dalam langkah 4 :

prompting - Beri galakan jika pelajar tidak dapat menjawab. Misalnya dengan memberi klu atau isyarat atau mengolah semula soalan kepada bentuk yang lebih mudah difahami.

probing - Tanya lebih lanjut untuk mendapatkan pejelasan tentang idea pelajar, mencabar pelajar seterusnya menjana pemikiran tahap tinggi.

asking around - Tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain sebelum menerima sesuatu jawapan.

redirect - Tujukan soalan lain yang dibangkitkan oleh pelajar kepada pelajar lain.

interrelating - Kaitkan semua idea dan jawapan pelajar untuk membantu pelajar membuat satu kesimpulan.

5. Memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/yang boleh diterima.
 Nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal jawab yang panjang dan diikuti dengan jawapan yang tepat atau yang boleh diterima. Bagi penyoalan dengan tujuan mencungkil idea pelajar pada fasa permulaan pengajaran, langkah 5 ini tidak perlu dilakukan. Sebaliknya mengajak pelajar menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan jawapan jika soalan bersifat inkuiri (pembelajaran inkuiri).


"One looks back with appreciation to the brilliant teachers, but with gratitude to those who touched our human feelings. The curriculum is so much necessary material, but warmth is the vital element for the growing plant and for the soul of the child."

-- Carl Jung





..Thanks for reading..

0 comment/s here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...