Wednesday 5 October 2011

Pembelajaran Masteri


KPD3016, Isnin , 26 September 2011

Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Masteri ?
Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

          Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.

         
          Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.

          Selain itu, guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. Anda harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. Dalam p&p guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang. Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan p&p yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.

Apa yang pelajar perolehi daripada sesuatu pembelajaran bukan sahaja memahami, tetapi dapat ditafsirkan dalam pelbagai kemahiran, pemikiran, nilai dan sikap yang merangkumi domain kognitif, psikomotor dan juga afektif.


p/s : penulis berkongsi idea dan pendapat berdasarkan apa yang telah dipelajari. Jika terdapat penambahan idea atau percanggahan pendapat, sila komen ^^


..Thanks for reading..

0 comment/s here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...