Wednesday, 5 October 2011

Kemahiran Proses Sains


KPD3016, Selasa , 27 September 2011

Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Proses Sains ?

Kemahiran proses sains merupakan pendedahan yang diberikan kepada pelajar untuk mereka meneroka alam sekeliling dan seterusnya membina konsep sains melalui bukti serta data yang diperolehi.

1. Memerhati
- mengumpul maklumat tentnag objek dan fenomena dengan menggunakan deria.
- boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif
- pengetahuna konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran pemerhatian yang dibuat

contoh :
- menggunakan deria bau, penglihatan, pendengaran dan sentuhan.
- mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep
- mengenali ciri-ciri persamaan atau perbezaan.

2. Mengelas
- proses memerhati dan menegenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek dan fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya.
- mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing

contoh :
- kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item kemudian mengelaskannya mengikut kriteria-kriteria yang lebih khusus.

3. Mengukur dan menggunakan nombor
- kebolahan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.

contoh :
- boleh mengira dan membandingkan bilangan item dalam kumpulan yang berlainan.
-membandingakan jarak, luas, masa dan isipadu dengan unit yang berkaitan.

4. Membuat inferens
- proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian.
- pengalaman lepad digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut.
- kesimpulan yang dibuat mungkion benar atau tidak.

contoh :
- membuat tafsiran berdasarkan pemerhatian seperti menyatakan tumbuhan menjadi layu disebabkan kurang pendedahan cahaya matahari.

5. Meramal
- proses menentukan atau menjangka sesuatu yang akan berlaku
- berdasarkan pengalaman dan pemerhatian lalu atau pengumpulan maklumat yang boleh dipercayai.

contoh :
- Menjangka sesuatu objek akan jatuh ke bawah apabula dilepaskan berdasarkan tarikan graviti ke bumi.

6. Berkomunikasi
- kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.

contoh :
- menghuraikan atau menerangkan kembali apa yang difahami berdasarkan sesuatu konsep yang telah diaplikasikan.

7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
- kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

contoh :
- menentukan perubahan magnitud yang  berlaku berdasarkan kadar perubahan masa.

8. Mentafsir maklumat
- kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan data yang dikumpul.

contoh :
- membuat kesimpulan berdasarkan kumpulan data yang telah dianalisis.

9. Mendefinisi secara operasi
- proses memberi definasi tentang sesuatu konsepatau keadaan yang menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

contoh :
- mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah, dalam konteks pengalaman sendiri.

10. Mengawal pembolehubah
- sesuatu faktor, hubungan, atau keadaan yang boleh diubah dalam satu kejadian atau sistem yang dikaji.

contoh :
- menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan.

11. Membuat Hipotesis
- proses mengahsilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens, untuk menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.

contoh :
semakin panjang ladung (pemboleh ubah dimanipulasikan), semakin lambat ayunannya (pemboleh ubah bergerak balas).

12. Membuat Eksperimen
- kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.
- merupakan kemahiran proses sains peringkat tertinggi.

contoh :
- menjalankan eksperimen, memerhati dan merekod data seterusnya analisis data yang diperoleh.



..Thanks for reading..

0 comment/s here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...