Saturday 8 October 2011

Seminar Malaysia & Nuklear




4 oktober 2011 yang lalu telah diadakan Seminar Malaysia & Nuklear. Seminar tersebut telah dianjurkan oleh Pelajar Kursus KPD 3016, Kumpulan AT12, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, FPPM.


Objektif program ini adalah untuk mengetengahkan bakat kepimpinan dalam menguruskan sesuatu program disamping memupuk budaya saintifik dan menambahkan pengetahuan ilmu sains dalam kalangan mahasiswa. Seterusnya mendalami ilmu teknologi tenaga nuklear di Malaysia umumnya.


Pada asasnya, seminar ini diadakan bagi  memberi pendedahan kepada bakal-bakal pendidik mengenai  pengurusan sesebuah aktiviti yang bakal diaplikasikan di sekolah kelak. Seminar ini juga berupaya memupuk semangat kerjasama antara pasukan dan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar. Selain itu, melalui pengajuran program ini,diharapkan ia dapat melatih kepimpinan dan kemahiran berorganinasi dalam kalangan mahasiswa/wi. Disamping itu juga, secara tidak lansung, penganjuran ini dapat memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan meningkatkan lagi hubungan komunikasi ke arah yang lebih baik . 


Ceramah tentang Nuklear telah disampaikan oleh Encik Fairuz b. Abdul Farid, wakil Pengarah Bahagian Tenaga Nuklear, dari Agensi Nuklear Malaysia. Selapas tamat penyampaian ceramah oleh beliau, program ini diteruskan dengan pembentangan projek pelajar kursus KPD 3016, kumpulan AT12, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik. Terdapat lima wakil kumpulan yang telah membentangkan laporan kajian, melontarkan idea, berkongsi pendapat serta ilmu mengenai usul yang dibawa, iaitu Malaysia & Nuklear : " Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia ? " .

Pembentangan ini merupakan salah satu proses daripada pembelajaran yang berasaskan projek - Project Based Learning (PjBL) - yang telah dipraktikkan dalam kursus KPD 3016.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang patut diperbetulkan.. Terima kasih buat Dr NurulHuda yang banyak membimbing kami. 



Sesungguhnya kita manusia biasa yang banyak kelemahan. Namun gunakan pengalaman yang telah dimiliki untuk terus maju pada masa hadapan..


..Thanks for reading..

0 comment/s here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...