Tuesday 13 December 2011

Kesahan & Kebolehpercayaan



KESAHAN (VALIDITY)

Merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep yang tertentu yang hendak diukur penilai. Kesahan mementingkan kejayaan penaksiran mengukur apa yang hendak diukur penilai.

1. Kesahan Instrumen
Instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur
- Sesuai (approriate)
- Bermakna (meaningful)
- Berguna (useful)

2. Kesahan inferens/kesimpulan
- Instrumen yang sah membolehkan inferens/kesimpulan yang betul/sah dibuat

Kategori kesahan instrumen yang akan mempengaruhi kesahan inferens/kesimpulan yang dibuat
i. Kesahan kandungan/muka

Ditentukan dengan merujuk kepada persetujuan pakar sama ada item/soalan yang dipilih/dibina itu mewakili aspek yang hendak diukur. Kesahan kandungan perlu ditentukan bagi instrumen mengukur penguasaan isi kandungan atau kemahiran tertentu. Ia tidak melibatkan prosedur statistik.

ii. Kesahan Kriteria

Merujuk kepada sejauh mana alat pengukur dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan beberapa kriteria luaran yang ditetapkan. Melibatkan prosedur kuantitatif yang melibatkan pengiraan pekali korelasi antara satu atau lebih pembolehubah peramal dengan pembolehubah kriteria. Pembolehubah kriteria ialah kriteria yang dibuat perbandingan dengan aspek yang hendak diukur. Pembolehubah peramal ialah aspek yang hendak diukur atau ditentukan statusnya pada masa akan datang.

iii. Kesahan Konstruk/gagasan

Merujuk sejauh mana alat pengukur dapat mengukur sesuatu aspek berasaskan teori , atau kepekaan alat pengukur mengukur aras atau dimensi berlainan aspek yang hendak diukur. Misalnya mampukah soal selidik mengukur aras kerisauan atau ia hanya mengukur kewujudan atau ketiadaannya.

Faktor yang mempengaruhi kesahan :
Arahan kurang jelas
Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami
Masa yang diberikan tidak mencukupi
Aras kesukaran yang kurang sesuai
Item ujian yang dibina kurang baik
Item ujian kurang sesuai bagi aras kemahiran yang dikehendaki
Bilangan item tidak mencukupi
Susunan item kurang tepat
Susunan jawapan (ujian objektif) boleh diramalkan


KEBOLEHPERCAYAAN

Merujuk kepada ketekalan (consistency) alat pengukur dalam mengukur aspek yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian boleh diuji dengan beberapa kaedah :

1. Uji-Uji Semula(Test-retest method)
Beri ujian yang sama dua kali pada masa yang berlainan. Selepas itu tentukan korelasi Pearson antara pasangan skor yang diperolehi setiap pelajar

2. Ukuran Kesetaraan (Equivalent form)
Menggunakan dua ujian yang berlainan tetapi setara yang ditadbir pada hari yang sama. Selepas itu tentukan korelasi Pearson antara pasangan skor yang diperolehi setiap pelajar.

3. Ketekalan antara Pemeriksa (Interrater Reliability)
Ujian yang sama diperiksa oleh dua atau lebih pemeriksa dan skor yang diberi oleh setiap pemeriksa dibandingkan dengan pemeriksa lain. Tidak perlu bagi soalan objektif yang hanya ada satu jawapan tepat.

4. Ketekalan Dalaman (Internal Consistency)
Menggunakan formula Kuder-Richardson atau pekali alfa (Cronbach Alpha)

5. Kaedah Belah Dua (Split Half Method)
Ujian yang sama dibahagi dua dan skor bagi setiap bahagian ditentukan korelasinya.

Faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan :
Panjang ujian – lebih panjang ujian lebih tinggi kebolehpercayaannya
Item yang mempunyai kualiti sama dipanjangkan
Waktu mengadakan ujian
Jenis ujian – esei dan objektif
Skema pemarkahan dan pemeriksa

Kaitan antara kesahan dan kebolehpercayaan :

Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan kesimpulan/inferen yang dibuat daripada skor yang diperolehi itu sah. Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu dibina, manakala kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian. Ujian yang sah semestinya ada kebolehpercayaan kerana ia perlu ada kebolehpercayaan dahulu barulah dikira sah. Namun, ujian yang ada kebolehpercayaan tidak semestinya sah.Oleh itu, kesahan lebih penting daripada kebolehpercayaan.



..Thanks for reading..

2 comment/s here:

Pemburu Bayangan said...

terima kasih atas perkongsian ilmu

Pemburu Bayangan said...

terima kasih atas perkongsian ilmu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...