Tuesday 13 December 2011

Penskoran, Penggredan & Pelaporan



Penskoran

Penskoran ialah proses memberi skor kepada jawapan pelajar. Terdapat dua kaedah penskoran :

- Penskoran holistik
- Penskoran analitik

Skor biasanya berbentuk numerik. Berikut merupakan beberapa jenis skor :

- Skor mentah – bilangan jawapan yang betul
- Skor terbitan – skor yang dimodifikasi atau ditukar daripada skor mentah
- Skor terbitan mutlak
- Skor terbitan relatif (norma)


Penggredan

Penggredan ialah proses memberi gred ke atas jawapan atau skor pelajar. Gred biasanya dalam bentuk abjad. Berikut merupakan beberapa kegunaan gred :

- Menyampaikan maklumat penaksiran kepada ibu bapa tentang pencapaian pelajar
- Memotivasi dan memberi ganjaran kepada pelajar
- Menghukum dan mendenda pelajar


Terdapat beberapa jenis penggredan, iaitu :

- Penggredan rujukan norma, iaitu pencapaian pelajar dibandingkan dengan sekumpulan pelajar
- Penggredan rujukan kriteria, iaitu pencapaian pelajar dibandingkan dengan satu kriteria piawai yang telah ditetapkan terlebih dahulu


Pelaporan

Proses memberi maklum kepada ibu bapa/penjaga tentang prestasi pelajar. Pelaporan mestilah objektif, berterusan, dan ada kebolehpercayaan. Berikut merupakan beberapa kaedah pelaporan :

- Gred abjad
- Penilaian bertulis
- konferen





..Thanks for reading..

0 comment/s here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...