Friday 16 September 2011

Pembelajaran Berasaskan Projek



Project Based Learning  (PBL) ataupun pembelajaran berasaskan projek merupakan satu kaedah pembelajaran yang efektif, dimana pelajar dapat belajar pelbagai kemahiran, pengalaman dan meningkatkan cetusan idea melalui tugasan yang diberi dalam tempoh tertentu.

Sebagai contoh , jika anda diberi kumpulan terdiri daripada beberapa orang ahli dan diarahkan untuk melakukan sesuatu tugasan mahupun projek. Secara tidak langsung, apa yang kita perolehi antaranya adalah, meningkatkan keyakinan. Bukan untuk berdebat siapa yang bijak ataupun tidak, namun pelajar dapat belajar untuk berbincang, berkongsi idea dan juga berkeyakinan untuk bercakap di khalayak ramai. Begitu juga jika PBL yang dijalankan melibatkan kerja individu iaitu bukan berkumpulan. Seseorang pelajar dapat meningkatkan kemahiran individu dalam plebagai aspek.


Berikut merupakan aspek-aspek penting yang dapat diambil kira dalam PBL :


1. Publicly Presented Product
Produk yang Dihasilkan Secara Umum : Idea yang diperoleh daripada sesuatu tajuk tugasan yang diberi dapat dipersempahkan melalui produk secara publik. Ini bermakna, melalui PBL, akan berlaku percampbahan idea, dan melaui idea tersebut, dapat menghasilkan sesuatu produk untuk umum. Jika tiada PBL yang efektif, tiada percambahan idea, maka tiada hasil untuk dipersembahkan.

2. Driving Questions or Challenge
Percambahan Persoalan dan Cabaran : Melalaui PBL, segala masalah dapat dibincang dengan teliti dan pelbagai percambahan persoalan berlaku. Secara tidak langsung dapat meningkatkan cabaran untuk lebih pandang ke hadapan dan berdaya saing.

3. Need to Know
Perlu Tahu : Setiap perkara perlu diambil tahu berdasarkan sesebuah PBL yang dilakukan. Sebagai contoh jika PBL anda berasaskan tajuk, 'Tenaga Nuklear'. Perkara yang perlu tahu adalah pendedahan apa itu tenaga nuklear, elemen-elemen asas, kepentingan tenaga, pro dan kontra, kesan, kegunaan dan sebagainya.

4. Inquiry & Innovation
Inkuiri & Inovasi : Memanipulasikan persoalan atau pertanyaan hasil daripada perbincangan sesebuah tajuk PBL akan mendorong kepada inovasi iaitu dapat meningkatkan perubahan atau pengubahsuaian daripada idea-idea yang kreatif.

5. 21st Century Skills
Kemahiran abad ke-21 : Antara kemahiran abad ke-21 adalah :

- Kemahiran Maklumat dan Berkomunikasi
- Kemahiran Maklumat dan Celik Media
- Kemahiran Berkomunikasi
- Kemahiran Berfikir dan Menyelesaian Masalah
- Pemikiran Kritikal dan Sistem
- Mengenalpasti, Formulasi dan Menyelesai Masalah
- Kreativiti dan Keintelektualan
- Kemahiran Sesama Sendiri dan Perwatakan Sendiri
- Kemahiran Kolaboratif dan Sesama Sendiri
- Perwatakan
- Pertanggungjawaban dan Daya Penyesuaian Diri
- Tanggungjawab Sosial

6. Student Voice & Choice
Hak Bersuara & Pilihan Pelajar : Pelajar diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan membuat pilihan sendiri berdasarkan kemahuan dan potensi.

7. Feedback & Revisions
Gerakbalas & Ulangkaji : Menganalisis kembali apa yang diperolehi dan kesan serta melakukan ulangkaji berdasarkan tugasan yang diberi.


p/s : penulis berkongsi idea dan pendapat. Jika ada percanggahan atau penambahan idea, sila komen ^^


..Thanks for reading..

3 comment/s here:

Anonymous said...

salam. menarik blog ni. jika kesempatan minta penulis berkongsi dengan lebih lanjut mengenai 21st century skills.. tq

Cart Kartika said...

@Anonymous
terima kasih.. insyaAllah

Unknown said...

boleh tak bagi contoh pembelajaran berasaskan projek?
terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...