• Diari Guru - Alhamdulillah. Saya rasa perasaan ini adalah perasaan yang selalu dirasai oleh semua yang bergelar guru. Ada waktu kita rasa stress bila mengajar, sebab d...
    4 years ago

Tuesday, 13 December 2011

Teknik memupuk Pemikiran Analitikal & Kreatif


Maksud Pemikiran
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

Pemikiran Analitik
Merupakan operasi kognitif yang melihat atau mengkaji sesuatu secara mendalam dan terperinci.

Pemikiran Kreatif
Kecekapan atau keupayaan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu
yang baru, asli, luar biasa dan pelbagai.

Teknik memupuk pemikiran analitik dan kreatif
1. Penggunaan peta minda, peta konsep, dan Advance Organizer
2. Penggunaan analogi
3. Penggunaan metafora

Peta Minda
Satu rajah yang digunakan untuk mewakili perkataan, idea, tugasan atau item-item lain yang
dihubung dan disusun mengelilingi satu kata kekunci atau idea utama.
- Digunakan untuk menjana, menggambar, menstruktur, dan mengelas idea-idea dan juga
sebagai panduan dalam pembelajaran, pengurusan, penyelesaian masalah, membuat
keputusan, dan juga penulisan.
- Elemen-elemen dalam satu peta minda disusun secara intuitif berdasarkan kepentingan
konsep-konsep, dan dikelaskan kepada kumpulan, cabang, atau kawasan dengan matlamat
untuk mewakili makna (semantik) secara menghubungkait cebisan-cebisan maklumat


Analogi
Kaedah analogi diguna untuk membina jambatan konsep untuk pelajar bagi menghubungkan
apa yang diketahui (konsep analog) dengan apa yang baru (konsep target).
Terdapat banyak model pengajaran dengan menggunakan analogi. Namun,Model Pengajaran
dengan Analogi (Glynn, 1995) dipilih kerana ianya telah terbukti keberkesanannya secara
empirik dalam meningkatkan pembelajaran dan minat pelajar sebagaimana yang banyak
dilaporkan dalam jurnal-jurnal pendidikan sains antarabangsa.


Metafora

Satu pengungkapan (figure of speech) dalam mana perbandingan tersirat dibuat antara dua

benda yang tak sama yang sebenarnya mempunyai sesuatu yang sepunya.

Satu metafora menyatakan sesuatu yang tak lumrah (tenor) dalam ungkapan yang lumrah

(vehicle).  Misalnya, ungkapan ‘Time is money’ di mana ‘money’ adalah vehicle untuk ‘time’,

yang merupakan satu tenor. (Istilah target dan analog adalah hampir setara dengan tenor

and vehicle.)


..Thanks for reading..

0 comment/s here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...