Saturday 10 December 2011

Pembelajaran Koperatif



Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan memerlukan pelajar daripada pelbagai kemahiran dan kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat.

Prinsip dalam kaedah pembelajaran :

1. Saling kebergantungan secara positif.

Setiap ahli dalam kumpulan haruslah sentiasa membantu, mengongsi dan berbincang dalam menyelesaikan sesuatu isu.

2. Akauntabiliti Individu

Setiap ahli dalam kumpulan mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri walalupon mereka bekerja secara kumpulan. Hal ini bermaksud setiap ahli kumpulan berusaha untuk mendalami dan memahami tentang tajuk yang dibincangkan.

3. Interaksi Kumpulan

Interaksi kumpulan bermaksud perbincangan kumpulan dilakukan secara bersemuka. Komunikasi secara video juga dibolehkan dalam kaedah ini. hal ini supaya mereka dapat membantu dan memotivasikan sesama ahli kumpulan.

4. Pemprosesan kumpulan

Ia adalah proses  penilaian yang dilakukan oleh ahli kumpulan mengenai prestasi dalam kumpulan mereka.

5. Kemahiran Sosial

Setiap ahli dalam kumpulan haruslah mengamalkan kemahiran kepimpinan, membina keperayaan, komunikasi yang baik dan berkesan serta pengurusan konflik yang baik.

Teknik dalam pembelajaran koperatif :

1. Teknik Student Chieve Assesment (STAD)


2. Teknik Team Game Tournament (TGT)


3. Teknik Teams Accelarated Instruction


4. Teknik Group Investigation


5. Teknik Jigsaw 





..Thanks for reading..

0 comment/s here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...