MISKONSEPSI ?
Kefahaman/ tanggapan/ kepercayan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa (yang membawa maksud satu kesalahan).
"Strongly held cognitive structures that are different from the accepted understanding in a field, that are presumed to interfere with the acquisition of new knowledge "
(Hasan et al., 1999)
Bukan semua idea atau kefahaman yang salah itu merupakan miskonsepsi. Berikut merupakan beberapa ciri miskonsepsi :




yang betul.

Miskonsepsi adalah lebih daripada sekadar satu kesilapan kecil (mistake). Kesilapan kecil merupakan kesalahan luaran/ permukaan yang biasanya lebih mudah diperbetulkan. Kesilapan kecil biasanya terhasil daripada kurangnya daya ingatan, kepenatan mental, atau kurangnya pengetahuan.
Berikut merupakan beberapa contoh Miskonsepsi dalam Fizik :
Miskonsepsi | Konsep yang betul |
Tiada daya yang dikenakan oleh objek berada dalam keadaan pegun. | Daya yang dikenakan bagi objek kyang berada dalam keadaan pegun adalah daya normal dan gaya graviti. |
Nilai kecekapan yang boleh dicapai oleh semua objek adalah 100%. | Nilai kecekapan sesuatu objek biasanya kurang daripada 100%. |
Berdasarkan kepada prinsip keabadian tenaga, tenaga keupayaan graviti yang hilang tidak sama dengan tenaga kinetik yang diterima. | Berdasarkan kepada prinsip keabadian tenaga, tenaga keupayaan graviti yang hilang adalah sama dengan tenaga kinetik yang diterima. |
Kuasa ialah kerja yang dilakukan. | Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan atau kadar tenaga yang dipindahkan. |
Objek yang mempunyai konsep kekenyalan hanyalah getah. | Contoh objek yang mempunyai konsep kekenyalan adalah getah, pembaris plastik, span dan lain-lain |
Keregangan spring adalah sentiasa berkadar terus dengan daya yang dikenakan ke atasnya. | Berdasarkan kepada Hukum Hooke, keregangan spring berkadar terus dengan daya yang dikenakan ke atasnya sekiranya daya tersebut tidak melebihi had kekenyalan. |
Dua spring yang disusun secara sesiri mempunyai kekenyalan yang sama dengan kekenyakan satu spring. | Kekenyalan bagi dua spring yang disusun secara sesiri adalah lebih banyak daripada kekenyalan satu spring. |
Dua spring yang disusun secara selari mempunyai kekenyalan yang lebih banyak berbanding kekenyalan satu spring. | Kekenyalan bagi dua spring yang disusun secara selari adalah lebih kurang daripada kekenyalan satu spring. |
Tenaga boleh dimusnah dan dicipta semula. | Menurut Prinsip Keabadian Tenaga, tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnah. Tenaga hanya boleh dipindah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. |
Kerja adalah dua kali ganda dilakukan apabila seorang bergerak dari titik A ke B lalu dari B patah balik ke A. | Kerja bersih adalah sifar kerana tiada sesaran dilakukan. |
Tiada kerja dilakukan apabila seseorang itu berlari dari A mengelilingi padang lalu balik ke titik A semula. | Terdapat kerja dilakukan kerana berlari mengelilingi padang merupakan sesaran kepada situasi tersebut. |
Kecekapan alat boleh mencapai sehingga 100% menurut Prinsip Keabadian Tenaga dimana tenaga boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain. | Kecekapan alat tidak mungkin mencapai 100% kerana terdapat tenaga hilang sebagai haba untuk menukar bentuk. |
0 comment/s here:
Post a Comment