Saturday, 24 September 2011

Teori Konstruktivisme



'Dia' , mungkin menganggap alphabet, bermula dari OZB.
Namun setelah diajar dan belajar, pemikirannya diubah dari OZB kepada ABC.


Salah satu prinsip psikologi pendidikan menjelaskan bahawa guru bukan memberikan pengetahuan kepada pelajar semata-mata, malah pelajar yang harus aktif membangunkan pengetahuan dalam pemikiran mereka. Teori Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Kontruktivisme lebih menganggap bahawa belajar sebagai kegiatan manusia membangun atau mencipta pengetahuan dengan memberi makna pada pengetahuannya sesuai dengan pengalamanya. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan gagasan yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamis. 

Konsep pendekatan Teori Konstruktivisme :
  1. Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada.
  2. Menekankan pada proses belajar, bukan mengajar. 
  3. Pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
  4. Guru hanya sebagai fasilitator dan sekadar membantu konstruk idea asas.
  5. Pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses yang saling mempengaruhi antara pembelajaran sedia ada dengan pembelajaran baru.
  6. Mengaplikasikan konsep pembelajaran inkuiri.
  7. Seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.
  8. Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.


Hubung kait Teori Konstruktivisme dalam proses p&p :


Sila klik imej dibawah untuk tumbesaran jelas !

Apa yang dapat saya rumuskan :


Teori konstruktivisme melibatkan pengetahuan non-objektif, bersifat temporer, berubah dan tidak menentu. Pelajar diajar berdasarkan prior knowledge, atau pengetahuan yang sedia ada kepada pengetahuan yang sebenar. Secara ringkas, ia merupakan konsep membina-meruntuh-membina semula. Ini bermakna, jika seseorang pelajar membina sesuatu kefahaman berdasarkan apa yang telah dia miliki, kemudian pengetahuan itu adalah tidak tepat, ia perlu diruntuhkan dan dibina dengan pengetahuan baru yang lebih tepat.


Berdasarkan teori ini, pelajar lebih belajar untuk meneroka, penyusunan pengetahuan dari pengalaman konkrit, aktif kolaboratif (bekerjasama secara aktif) dan refleksi serta interpretasi. Oleh itu guru perlu memberi pendekatan terhadap konsep minds-on – hands-on – hearts-on. Minds-on melibatkan memberi maklumat secara teori untuk kefahaman dan pemikiran pelajar. Hands-on pula bermaksud sesuatu idea/kefahaman itu diajar secara praktikal, bukan berdasarkan teori semata-mata. Hearts-on pula merujuk kepada cara atau kaedah pembelajaran yang menarik yang membolehkan pelajar seronok dalam sesebuah sesi pembelajaran.

Setiap pelajar memiliki pemahaman yang berbeza terhadap pengetahuan bergantung pada pengalaman dan perspektif individu. Teori konstruktivisme menekankan bahawa guru berfungsi sebagai fasilitator atau guide-line kepada pelajar dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam masa yang sama memahami konstruk objektif utama pembelajaran.

p/s : penulis berkongsi idea dan pendapat. Jika ada percanggahan atau penambahan idea, sila komen ^^


..Thanks for reading..

0 comment/s here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...