Thursday 22 September 2011

Pembelajaran Inkuiri




Apakah yang dimaksudkan dengan :

1.       Pendidikan (Education)
2.       Instruksi (Instruction)
3.       Pengajaran (Teaching)
4.       Teknologi (Technology)
5.       Penaksiran (Assessment
6.       Pembelajaran (Learning)

Pendidikan: Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal.

Instruksi: Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain.

Pengajaran: Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran.

Teknologi: Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya.

Penaksiran: Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan.

Pembelajaran: Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan.

Bagaimanakah semua elemen ini berkait?

klik imej dibawah untuk tumbesaran yang jelas !

Apa yang dapat saya rumuskan :

Pendidikan itu adalah skop yang luas, yang melibatkan keenam-enam aspek yang telah dibincangkan, iaitu instruksi, pengajaran, teknologi, penaksiran dan juga pembelajaran. Teknologi bukan sahaja melibatkan peralatan yang canggih, malah ia juga dapat dirumuskan sebagai idea, ataupun transformasi idea daripada idea yang lama kepada sesebuah idea yang lebih maju dan lebih baik. Teknologi juga sebagai sumber yang membantu atau memudah cara sesuatu proses.
   
      Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Namun aspek bidang pengajaran dapat dikatakan melibatkan skop guru yang mengajar, manakala pembelajaran adalah sesi penyampaian ilmu oleh sesorang (guru) kemudian pelajar belajar untuk menerima. Jika adanya p&p ini, maka berlakulah suatu proses pembelajaran yang baik. Pembelajaran pula bukan hanya terhad pada proses pelajar belajar apa yang disampaikan oleh guru semata-mata. Proses pembelajaran melibatkan penyampaian ilmu, nilai-nilai murni, kemahiran, sikap dan sebagainya.

Pendidikan pula terbahagi kepada tiga, iaitu formal, non-formal dan informal.

Formal adalah pembelajaran yang melibatkan penyampaian ilmu secara formal contohnya belajar didalam kelas (kurikulum) dan mendapat input oleh guru secara rasmi atau terperinci.
Non-formal pula adalah pembelajaran yang tidak formal contohnya ilmu atau kemahiran yang diperoleh diluar kelas (ko-kurikulum).
Informal pula merujuk kepada pembelajaran yang diperoleh secara semulajadi, melalui rutin harian, asuhan dan latar belakang keluarga. Contohnya perkara yang diajar sejak kecil lagi. Kita diajar untuk makan mengguna tangan, tidak menggunakan kaki. Itu adalah perkara-perkara yang diajar melaui norma seharian manusia.

          Penaksiran merupakan proses mengumpul data berkaitan tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka mampu lakukan. Proses poenaksiran melibatkan dua aspek utama iaitu pembelajaran dan pengajaran. Proses p&p sangat berkait rapat dengn penaksiran. Jika tiada p&p, maka penaksiran tidak dapat dilaksanakan.

p/s : penulis berkongsi idea dan pendapat. Jika ada percanggahan atau penambahan idea, sila komen ^^


..Thanks for reading..

2 comment/s here:

Anonymous said...

perkongsian yang bagus..mintak copy map ye, terima kasih.

Cart Kartika said...

@Anonymous
sama2.. sila2. sharing is caring ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...